Friday, March 26, 2010

Kisah duka seorang ibu...

Tanggal 19hb mac 2010, pagi, aku dikhabarkan oleh ana yg opismate aku dah bersalin. Masa tuh aku mmg tumpang happy sebb die mmg dijangka akan melahirkan anak kembar.
Namun takdir tuhan mengatasi segala-galanya.

Daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Salah seorang drpd kembar yg dilahirkan oleh opismate aku telah kembali ke rahmatullah sejurus selepas dilahirkan. Aku harap opismate aku tabah. Mungkin ada himmah Allah hanya mengizinkan seorang sahaja. Semoga anak yg selamat tu jadi anak yg solehah pd masa depan. InsyaAllah..

Menurut Hadits Qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!”
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.”

(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama’, mufradnya (kata tunggalnya) adalah “al-walid”, artinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.

Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut: “Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.”
Sama-sama kita doakan. Ameen.





No comments:

Post a Comment