Sunday, February 16, 2014

after pass a year - ketentuanNya

last year n last entry, aku janji nk sambung part 3 kan? Tapi sory kengkawan yg ternanti2 entry sambungan tu..aku x dpt nk taip entry part 3. Sebabnye setiap kali nk taip, hati aku ni mesti rase sebak...setiap perkataan yg aku taip buat aku kenang kembali moment2 aku, family dgn arwah mak. Pastu mula lah ade titisan air mata mengalir kt pipi aku yg bambam ni kan...
So, mane kawan2 yg tanye, aku citer je la kt diorg. So tau la ape yg terjadi part 3 tu walaupn aku x taip .. :)

Utk entry ni, aku xder la nk citer terperinci mcm entry part1 and part2 yang lepas. So aku citer secara kasar je la. 

Start awal tahun 2013, doc sahkan buah pinggang dan paru2 mak tak berfungsi dengan baik. Kuman dah stat merebak dalam badan mak. So bermulalah mak didialisis setiap hari. Masa ni mak mmg dh x sedarkan diri. Kalo sedar, die juz bukak mata, tapi x bercakap walaupun aku tau hati mak meronta2 nk bercakap dgn kitorg.  Tapi dialisis tu x menjadikan kesihatan mak makin baik, so mak dipindahkan ke bilik khas dalam icu tu. Aku x ingat dipanggil ape..CCU ke ek? Kat situ badan mak mmg dh dipenuhi dgn wayar2... 
Since that day, makin ramai kawan2 dan sedara-mara dari johor, kelantan, tganu, KL datang melawat. I'm very appreciate. Kawan2 mak pun cikgu2 aku zaman sekolah rendah dan menengah dulu. Kata2 semangat drpd diorg membuatkan aku n family bertambah semnagt utk lihat mak makin pulih. 

4 hari sebelum mak meninggal, aku terlintas nk cek denyutan nadi mak kt lengan die. Aku dapat rase denyutan tu tapi lemah. (atau adakah tu cuma khayalan aku dapat rasakan nadi tu? ) . Then aku duk basuhkan muka, pakaikn lip balm kt bibir n lap2 badan2 die utk jadikan mak lebih segar. Sebb muka mak dh nampak pucat. Masa aku buat tu, mak tgh tidur.
Then aku bisikkan kt telinga mak aku. 

"Mak, nak tau x? Nadzir (adik bongsu) dah baik..die dh x berak2 lagi (usus nadzir dah baik). Lepas tu, Pais pun nk konvo tahun depan kt sarawak. Mak kan dah janji nk pegi sana tgk pais konvo. Lepas tu rumah baru tu kan mak mmg nk duduk. Rumah tu kan lawa..mak nk duduk rumah tu kan? Mak kene sembuh tau..kene kuatkan semangat lawan sakit. Uya doakan mak cepat2 sihat. Kitorg semua uya, adib, ijan, pais, nadzir perlukan mak lagi. Cepat2 sembuh yer.."

Habis je aku cakap, aku nmpk mata mak dah terbukak tgk aku. Mata mak terbuka luas. Merenung2 aku. Tapi cume sekejap je, then mata mak tutup balik. Aku mengharapkan kata2 aku tu berikan mak semangat utk lawan sakit. 

16 Jan 2013 (tarikh pemergian mak).
Pagi tu, aku ade mesej2 dgn abah tnye pasal mak. Abah kate mak x berapa stabil. Abah kate jgn risau. Doc tgh tgk2 mak. Kandungan ayat2 yg abah bg tau kt aku tu mcm mak masih ok. Xder suruh aku ngn adik2 balik.
Then time lunch hour, aku pegi pusat homeopati kt pkns. Puas aku tunggu rupenye tutup time lunch hour. Then kul 2 baru bukak. Aku masuk jmpe org kaunter. Aku buat juz tnye kaedah rawatan kt situ dan mintak kad utk dihubungi if aku ade nk wat appoinment.
Then balik opis, aku pi miting. Masa tgh miting tu la aku dpat call dari abah. dalan pukul 420 petang.
Aku angkat call, abah aku dah menangis2 and repeat ayat yg sama byk kali "Uya...mak dah takder..mak dh xder...mak dh xder..mak dh xder". Aku x tau bape kali abah repeat perkataan tu..aku speechless (no nangis2, no any words kuar dr mulut aku) then terus passing fon tu kt k szra. Sebb die duduk sebelah. Aku tinggalkn k szra yg terpinga2 amik fon aku then aku terus kuar dari bilik miting pegi toilet. Ntah apsal aku terus pi toilet aku pn x tau. Aku basuh muka, tampar2 muka aku. Aku harapkn cuma mimpi. Lepas basuh muka aku cuma mampu ucap Allah byk kali. Then k szra masuk toilet, peluk aku.
Time tu la aku terus menangis. Tak lama lepas tu kak rin n k ashrf yg same2 miting masuk toilet. Aku dh x mampu pk ape2 dah. Aku cume ckp aku nk balik. K ashrf kate tangan aku menggigil. Diorg bg solution spy aku x drive sorg2 balik melaka. K szra offer utk hantar aku.

Bila emosi aku dh stabil cket, aku kuar toilet, aku kemas2 meja aku. Dalam otak aku cuma pikir call adik2 suh balik melaka. Mmg sebak bila pikir situation adik2 aku masa tu.
Ijan - tgh miting jugak. Masa aku call suh balik, die br je ckp kt bos die dlm miting "i think i want to take a leave".
Pais - tgh praktikal kt sarawak. Aku call suh die amik flight secepat mungkin.
Adib - aku x dpt call sebb hset off. Why? sebb Adib dlm dewan amik EXAM kt uitm..last paper. Dlm kul 5++, br die call aku balik. Aku suh die kemas2 baju balik melaka.
NAdzir - i x tau nk bg tau die mcm mana. Aku belum ade kekuatan utk bg tau die. Aku serahkan pd sepupu aku utk bg tau die. Based on citer sepupu aku, Nadzir menjerit sekuat hati meronta2 sambil sebut Mak! Mak!. Sampai kene peluk dgn sepupu aku, baru die tenteram.

FYI, masa aku call diorg aku x bg tau hal sebenar kt adik2 aku. Aku juz bg tau mak tgh nazak. Itu je yg mampu aku ucapkan.

Kalo ingat2 balik detik2 tu, aku mmg nk bertrima kasih pd semua2 opismate aku yg tolong aku dan beri kata semnagat. Dan juga yg turut sama2 pegi ke hospital melaka melawat mak aku. terima kasih byk2.

Alhamdulillah, jenazah mah selamat sampai ke muar (rumah pakcik) pada malam tu dengan menaiki van jenazah hospital. Hanya Abah yg turut serta dalam van tu. Sementara aku tgu adik2 yg lain especially pais dr swak sampai melaka. Aku stay rumah pakcik aku kt melaka. Aku call sepupu aku agar tak kebumi terus. Aku mintak sepupu aku fight utk aku dan adik2 dpt lihat wajah mak kali terakhir. Hanya sepupu aku tu la harapan aku. Abah mmg dlm keadaan bersedih lg. MMg x boleh pikir byak2. Fight? kenapa kene fight? sebb ade sedara mara kata x elok tgu lama2. Diorg nk kebumi malam tu jugak sblm subuh. Aku tau mmg x elok tapi seboleh mungkin aku nk adik2 aku tgk wajah mak buat kali terkahir. Cium mak buat kali terakhir. Itu yg aku nak.

17 Jan 2013 (Urusan pengebumian mak).
Pukul 3 pagi , aku ngn adik2 sampai rumah pakcik kt muar. Semua peluk kitorg. Aku bg peluang kt adik2 cium mak. Dan perkara yg paling aku tegaskan kt diorg..JGN MERATAP/MENANGIS. Tak baik. Setiap titisan air mata kita akan buat mak terseksa. Malam tu mak 'tidur' ditemani kitorg adik beradik bergiilir2. Takut? dh xder istilah takut tidur sebelah jenazah...semua nk tidur dgn mak malam tu. Mak cik aku ckp, mak aku senyum nampak anak2 die semua dh balik tgk die.

Pagi tu, urusan jenazah dimulakan. Masa dipanggil olej AJK kg utk ursan mandi dan kafan, aku cakap aku sorg je anak perempuan. Then makcik2, sahabat handai offer diri bantu aku. AJK wanita kg pun offer bantu aku. Dan bermulalah pengalaman aku memandikan mak. Alhamdulillah..aku x tau mana dtg kekuatan diri aku masa tu. Aku dapat menahan air mata aku. Dan aku mntk perkara yg sama pd makcik aku utk sama kuat ngn aku. JGN MENANGIS/MERATAP. Kalau tak, aku mntk supaya undurkan diri dr mandikan jenazah. 
Urusan Kafan, aku pakaikan mak baju di alam barzakh..selimut putih. Aku sikat rambut mak aku. Lap mak bersih2. BAdan mak sejuk. 
Selesai kafan, aku panggil semua family dan sedara mara utk tatap wajah mak terakhir kali sebelum muka ditutup dgn kain kafan. Aku ckp kt adik2 n abah..JGN MENANGIS/MERATAP. Sedih mmg sedih..tp utk mak, aku mntk semua utk kuatkan semangat dan diri masing2. Aku tarik tangan nadzir duduk sebelah mak. Aku peluk die. "Adik peluk mak n cium mak eh..adik sayang mak kan?. Tapi akak xnk adik nangis ok?". Nadzir angguk. Lama die cium mak...masa ni la semua dh stat kuar air mata tgk situasi masa tu.
Selepas selesai, muka mak ditutup dgn kain kafan. Then jenazah mak disembahyangkan. Termasuk aku ditemani seorg jiran kampung pmpuan. Aku x kenal, tapi die sanggup teman aku sebb aku sorg je pmpuan. Jemaah lelaki alhamdudlillah ramai.
Then urusan penebumian dijalankan. Abah, adik2 n sepupu lelaki semua tolong terlibat memasukkan jenazah mak ke dalam kubur dengan di guide oleh AJK surau kampung. Then dibaca talqin. 
Dlm pukul 10pg, selesailah urusan pengebumian mak. Alhamdulillah...Sykur aku dan family dapat kekuatan itu. Balik je rumah, Naza call aku (die mcm tau2 je urusan pengebumian dh selesai). Terus air mata aku berjurai masa tu. Semua lepas masa tu.

SEKARANG...
 Kitorg family take care each other. Aku cuba buat apa yg arwah mak buat pd adik2 aku dan family. Especially dari segi pendidikan. Aku try kabulkan semua impian yg mak harapkan pd anak2 die especially dr segi pendidikan. Antaranye:
1) Semua anak2 mak ngaji sampi khatam Quran. 
2) Semua anak2 mak mesti habiskan sekolah agama smpi Darjah Khas. Jgn berhenti smpi Darjah 6. Wajib sambung Darjah Khas.
3) Semua anak2 mak mesti belajar sekurang2nya sampai Degree kt universiti. Lambat atau cepat wajib belajar smpi degree. 

Alhamdulillah No. 1 telah selesai. Nadzir dh selamat khatam Quran akhir thn lepas. InsyaAllah, No. 2, Nadzir akan tamat darjah Khas akhir tahun ini 2014. Dan finally No.3, sedang berjalan dgn lancar. Adib akan konvo thn ini, Pais akan konvo lagi 2 tahun dan diharapkan Nadzir terus mengikut jejak langkah kami semua. InsyaAllah...

Aku telah dilantik oleh Pesaka untk memegang amanah harta arwah dgn dipersetujui abah dan adik2. Dan aku juga merupakan penjaga/pemegang amanh harta arwah ke atas Nadzir sehingga die berusia 18 tahun. InsyaAllah...akn aku pegang amnah tu sebaiknya. 

Kadang2 kite akan rase terbeban dgn t/jawab baru ni tapi dari situ lah kite belajar untuk tidak selfish. dari segi urusan peribadi termasuk jodoh, aku telah tolak ketepi. Kalau ade jodoh aku dgn dia, ada la...depend on situation... Sepupu aku mmg agak kurg setuju, tapi aku rase buat masa ini, itu adalah tindakan terbaik.
FAMILY IS FISRT THING. Aku nak diri aku sentiasa ada bersama keluarga disaat diperlukan. Urusan cuti kerja, pandai2 la aku manage masa. Time Management...kene belajar ni..hihihihi

"